Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini,PEKIDA Daerah Kluang akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli PEKIDA daerah Kluang yang akan berlangsung pada
Tarikh : 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 H (Sabtu)
Tempat : Tapak Pasar Tani (Kedai Zul)
Sumbangan : RM 10 untuk setiap ahli
(tambahan RM 5 kepada yang membawa isteri dan anak yang berumur 12 tahun ke atas)
Penyertaan dan sokongan dari semua Ahli PEKIDA daerah Kluang amatlah digalakkan pada majlis ini.
Hasil dari sebahagian sumbangan akan diberikan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan yang akan turut dijemput pada majlis ini nanti.
Kepada ahli atau individu lain yang ingin membuat sumbangan ikhlas dan memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi ajk daerah.
Semoga dengan kerjasama dan sumbangan yang diberikan dapatlah kita menambahkan ibadat di bulan Ramadhan ini dengan membantu golongan yang memerlukan dan mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan.
"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"
0 comments:
Post a Comment