1

Produk Pekida Daerah Kluang

Antara produk-produk PEKIDA daerah Kluang :-


Shirt Colar Pin :- RM 8.00


Road Tax Background Sticker 1:- RM 6.00


 Road Tax Background Sticker 2:-RM 6.00


Cincin :-RM 35.00

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh kemukakan di SHout Box atau kunjungi group "PEKIDA KLUANG" di Facebook

0

Program Marhaban Aidilfitri 2011

Seperti tahun-tahun yang sudah,PEKIDA daerah kluang mengambil peluang beribadat di bulan Aidilfitri ini dengan  menjalankan aktiviti marhaban dari rumah ke rumah yang telah dimulakan pada semalam Sabtu 17hb September 2011 yang bermula dari rumah Ayahnda dan akan berakhir pada Sabtu 24hb September 2011.

Kepada ahli-ahli PEKIDA daerah kluang,sokongan dan penyertaan dari anda semua amat kami harapkan bagi bersama-sama memeriahkan lagi aktiviti ini dan bersama-sama menambahkan amal kita kepada Allah Swt.

Semoga program-program amal seperti ini dapat kita teruskan dimasa-masa akan datang.










Kepada yang sudi menjemput rombongan kami terima kasih diucapkan.
0

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

       Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Mungkin sudah agak terlambat untuk post Aidilfitri ini,ini kerana kami dari pihak admin agak sibuk dengan aktiviti kerja dan akitiviti ziarah menziarahi (almaklumla hari raya..)
Walaubagaimanapun kami dari PEKIDA Malaysia daerah Kluang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap yang sengaja atau tidak sengajakan.Harap Dimaafkan.

0

Peluang Pengampunan Di Malam Lailatul Qadar

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.


-Sumber Dari Dato' Dr Haron Din -
0

PEKIDA Peka Tanggungjawab Sosial

Beberapa bulan yang lalu,PEKIDA daerah Kluang telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan perkuburan Islam di Sri Lalang Kluang.Program seperti ini akan diteruskan setiap tahun sebagai salah satu aktiviti kebajikan PEKIDA Daerah Kluang.Berikut artikel yang diambil dari akhbar sinar mengenai program tersebut.

0

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pekida Daerah Kluang (Hari Sabtu 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 H)

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini,PEKIDA Daerah Kluang akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli PEKIDA daerah Kluang yang akan berlangsung pada

                                         Tarikh          : 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 H (Sabtu)
                                         Tempat        : Tapak Pasar Tani (Kedai Zul)
                                         Sumbangan  : RM 10 untuk setiap ahli
   (tambahan RM 5 kepada yang membawa isteri dan anak yang berumur 12 tahun ke atas)

Penyertaan dan sokongan dari semua Ahli PEKIDA daerah Kluang amatlah digalakkan pada  majlis ini.

Hasil dari sebahagian sumbangan akan diberikan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan yang akan turut dijemput pada majlis ini nanti.

Kepada ahli atau individu lain yang ingin membuat sumbangan ikhlas dan memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi ajk daerah.
                                        
Semoga dengan kerjasama dan sumbangan yang diberikan dapatlah kita menambahkan ibadat di bulan Ramadhan ini dengan membantu golongan yang memerlukan dan mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan.

"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" 
0

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 1432 H / 2011

Ramadan (: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
Surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.



0

Majlis Berbuka Puasa 2010

Majlis Berbuka Puasa Pekida daerah Kluang Ramadhan 2010
Tempat : Tapak Pasar Tani Kg. Melayu
Tarikh : 31 ogos 2010
Bayaran : RM 10 (bayaran boleh dibuat kepada AJK majlis)


0

Rehal Ramadan: Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.
Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.
Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.
Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.
Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.
Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.
Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.
Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.
Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.
Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.
Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa
Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah)

0

Artikel Menarik ingin di Kongsi

Kisah Neraka Yang Mengerikan


..: Luasnya Neraka :. 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: 
Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak 
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka 
ditanya oleh nabi s.a.w.: 

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya 
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh 
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak 
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam 
itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah 
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman 
dari padanya." 

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan 
padaku sifat Jahannam." 

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka 
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, 
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, 
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam 
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi 
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka 
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar 
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan 
satu baju ahli 
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya 
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan 
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran 
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai 
ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus 
engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat 
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di 
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu 
sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air 
panas campur nanah, dan 
pakaiannya potongan-potongan api. 

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada 
bahagiannya yang 
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan 
pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi 
selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, 
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, 
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) 

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk 
masing-masing pintu?" 

Jawab Jibrail: 

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan 
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan 
mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga 
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat 
orang-orang musyrikin bernama Jahim, 

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. 

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum 
majusi bernama Ladha, 

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. 

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. 
sehingga ditanya: 
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar 
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." 

Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar 
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala 
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan 
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh 
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada 
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam 
neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari 
ummatmu." 

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, 
kemudian nabi 
s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali 
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara 
dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan 
minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan 
Bagi Yg Lalai") 

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh 
melakukan maksiat 
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya 
terik matahari Ku. 

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok 
zarqum 

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 
ekor ular 

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta 
mengandungi 
lautan racun yang hitam pekat. 

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 
70,000 rantai 

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita 
semua.Wallahua'lam. 

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang 
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan 
petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada 
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh 
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan 
peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, 
anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam 
dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya 
kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA 
ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu 
YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat 
kami dan 
terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan 
RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, 
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku 
biarpun satu ayat.."
 
Edited By Author's