0

Majlis Berbuka Puasa 2010

Majlis Berbuka Puasa Pekida daerah Kluang Ramadhan 2010
Tempat : Tapak Pasar Tani Kg. Melayu
Tarikh : 31 ogos 2010
Bayaran : RM 10 (bayaran boleh dibuat kepada AJK majlis)


0

Rehal Ramadan: Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.
Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.
Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.
Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.
Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.
Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.
Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.
Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.
Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.
Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.
Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa
Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah)

0

Artikel Menarik ingin di Kongsi

Kisah Neraka Yang Mengerikan


..: Luasnya Neraka :. 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: 
Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak 
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka 
ditanya oleh nabi s.a.w.: 

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya 
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh 
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak 
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam 
itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah 
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman 
dari padanya." 

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan 
padaku sifat Jahannam." 

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka 
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, 
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, 
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam 
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi 
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka 
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar 
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan 
satu baju ahli 
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya 
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan 
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran 
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai 
ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus 
engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat 
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di 
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu 
sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air 
panas campur nanah, dan 
pakaiannya potongan-potongan api. 

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada 
bahagiannya yang 
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan 
pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi 
selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, 
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, 
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) 

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk 
masing-masing pintu?" 

Jawab Jibrail: 

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan 
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan 
mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga 
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat 
orang-orang musyrikin bernama Jahim, 

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. 

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum 
majusi bernama Ladha, 

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. 

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. 
sehingga ditanya: 
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar 
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." 

Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar 
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala 
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan 
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh 
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada 
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam 
neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari 
ummatmu." 

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, 
kemudian nabi 
s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali 
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara 
dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan 
minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan 
Bagi Yg Lalai") 

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh 
melakukan maksiat 
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya 
terik matahari Ku. 

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok 
zarqum 

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 
ekor ular 

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta 
mengandungi 
lautan racun yang hitam pekat. 

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 
70,000 rantai 

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita 
semua.Wallahua'lam. 

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang 
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan 
petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada 
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh 
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan 
peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, 
anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam 
dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya 
kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA 
ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu 
YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat 
kami dan 
terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan 
RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, 
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku 
biarpun satu ayat.."
0

Majlis Perkahwinan Kekanda Azam Mata

Lokasi : Taman Intan Kluang,Johor
Tarikh : 9/05/05 & 11/04/09

0

Pergi Tak Kembali

Tanggal 4 Mei 2010

Al-fatihah, ditujukan khas kepada allahyarham kekanda zabbar yang telah kembali kerahmatullah pada 04/05/2010...semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...-amin-

Salam Takziah buat Keluarga Kekanda Zabbar

 

0

Program Kutipan Derma Gaza

Program Kutipan tabung Derma Gaza yg bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman rejim israel. Lokasi program Kutipan Tabung Gaza bertempat di ruang legar Plaza BCB Kluang. Kami ucapkn terima kasih kepada penderma dan semua yg terlibat atas sokongan untuk menjayakan program.

Koleksi gambar kenangan untuk tatapan :-





ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَِ

Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (3/147)
 
Edited By Author's